Powered By Blogger

Monday, November 11

Memori



Memori itu
Lahirnya antara kau dan aku
Suka dan duka, pahit juga manis
Tiap saat hanya kita yang tahu
Mereka melihat tapi hanya kita merasa
Bahagia kita walau hanya sementara

Memori itu
Kemasnya tersimpan dalam minda nan satu
Hanya untuk memori itu
Minda kita ibarat satu
Menerawang segenap penjuru waktu
Hanya kau dan aku

Memori itu
Apa kau lupa?
Adakah tiada makna?
Andai satu hari nanti kau tertanya-tanya
Aku masih di sini
Menanti kau kembali

Memori itu
Pasti akan aku ceritakan
Satu persatu jika kau mahu
Kerana memori itu tidak bermakna
Jika kau tiada bersama
Apa kau lupa?


-Nukilan NeroIzCatz-

5 comments:

  1. memori...
    tidak dapatku gambarkan melalui gambaran
    tidak dapatku ungkapkan melalui kata2
    namun memori ini masih disini
    disini setia bersamaku

    memori
    disiniku...menanti...sebuah memori yg sama berulang...
    namun...
    namun
    hanya air mata yg brulang
    air mata kerinduan
    rindu sebuah memori yg masih terpahat disini...

    memori
    itulah memoriku...
    memori seorang gadis...
    yg penuh kerinduan sepertiku...

    memori
    kembalilah kau...
    seperti mana yang dulu menghiasi layar hidupku...

    memori..
    ku amat merinduimu................ T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. peh2
      main blas2 sajak plak nh
      xpndai la nk balas balik T_T

      Delete
  2. haha... klau abg reply pom, org mne taw dah nk balas baik.. stakat mengarut ni boleh la.. agpom, org ske brpuisi tp x pndai nk karang puisi... prnah taw org brsajak smpai ad yg nk nangis mse kt mtrik dulu.. sajak best.. ^_^
    sdih btol sajak abg ni.. jiwang plak tu... mcm2 la..

    ReplyDelete
  3. haha
    untgla hbat ley wt sjak smpai ade nk nangis

    ReplyDelete
  4. leeee.... ltak lagu sdih2 pastu, dlm dewan tu, malapkan ckit lmpu.. cnfirm la bdak2 ni sdih..

    ReplyDelete

Cute Line Smiley