Memori itu
Lahirnya antara kau dan aku
Suka dan duka,
pahit juga manis
Tiap saat hanya kita yang tahu
Mereka melihat tapi hanya kita merasa
Bahagia kita walau hanya sementara
Memori itu
Kemasnya tersimpan dalam minda nan satu
Hanya untuk memori itu
Minda kita ibarat satu
Menerawang segenap penjuru waktu
Hanya kau dan aku
Memori itu
Apa kau lupa?
Adakah tiada
makna?
Andai satu hari
nanti kau tertanya-tanya
Aku masih di sini
Menanti kau
kembali
Memori itu
Pasti akan aku ceritakan
Satu persatu jika kau mahu
Kerana memori itu tidak bermakna
Jika kau tiada bersama
Apa kau lupa?
-Nukilan NeroIzCatz-