Hallo holla~
Entri pertama sejak Nero buat blog nh. Nasib xberhabuk lg..mih3
Hari nh Nero nak stori mori cket pasal event bersejarah dalam hidup Nero pada 20 Oktober 2013 a.k.a seminggu lepas.
Ini Nero :D
Pada 20 Oktober 2013, UMT telah melangsungkan Majlis Konvokesyen Ke 11 dan Nero adalah salah seorang graduan yang bertuah untuk turut sama bergraduasi bersama-sama famili Bio Marin yang tersayang. Alhamdulillah setelah penat lelah selama 3 tahun di bumi Terengganu, meredah panas terik, banjir dan ribut monsoon, Nero berjaya mengenggam segulung ijazah. First time nh masuk majlis graduasi taw. Masa dekat MRSM Balik Pulau dulu xdapat masuk graduasi sbb nakal. Kena ban dari majlis graduasi..huk3 T_T
Seawal jam 7.30 pagi, ramai da para graduan yang bersiap sedia beratur untuk perarakan masuk ke dalam dewan. Semat2 blako saing2 Nero nh pkai jubah perple. Nero pn semat jgk kot :p haha
Pegawai yang uruskan pun tak larat da nak suruh beratur elok2. Sume sebok bertegor sapa dengan kawan2 lepas beberapa bulan xjumpa. Bergambar dan bergosip.
Apela yang dorang sume nh tengok
Dalam dewan pun semua bersembang. Snap2 gambar, bergurau senda dan bergosip. Untuk beberapa jam dalam dewan tu Nero terasa macam kembali ke zaman belajar bersama-sama dorang2 nh sume *pdhal bru bpe bulan je abes blaja*
Poyo je sume fokus tengok depan masa nh :p
Usai upacara dalam dewan sume, para graduan disambut dengan ucapan tahniah daripada keluarga dan sahabat handai masing2 yang dah sedia menunggu kt luar dewan. Maka, suasana menjadi riuh sebab masing2 gembira bersama keluarga, tangkap gambar. Yang kena lambung dengan member2 pun ada. Bila la Nero nak dapat merasa kena lambung macam tu. Huk3 T_T
Nero's family :)
Haaaaa, kalau nak tawu ape yang istimewanya famili Bio M dekat UMT nh, meh cnie Nero nak habaq mai..hehe
Famili Bio M dekat UMT nh ada satu tradisi di mana setiap tahun, junior2 dan senior (graduan) akan berkumpul di depan library untuk berkumpul bersama para pensyarah Bio M untuk bergambar beramai2. Tak cukup istimewa lagi? Sabaq sat~ Masa ni la junior2 suma akan bagi bunga pada senior2 mereka yang sudah bergraduat. Sapa yang femes dan hot setap tu msti dapat banyak. Nero dapat 1 je..tu pun kena mintak..nampak sangat xfemes dan xhot..haha
Bergambar dengan Dr. Siti, ibu kepada pelajar2 Bio Marin UMT :)
Ini kakak Nero..panggil dye Semah :D
Keesokan harinya iaitu pada 21 Oktober, Nero pun pegila menghantar jubah konvokesyen. Kalo xhantar kang xdapat pulak transkrip akademik. Huhu.... Tapi.... Bersama-sama beberapa rakan baik Nero dalam Bio M, kitorang sempat lagi berposing dan bergambar dekat sekitar dewan dan juga atas stage. Nasib baik la staf2 yang tengah kemas dewan sporting je. Hik3
Syakir dapat anugerah cemerlang sebelum hantar jubah :D
Nero pun nak cemerlang jugak XD
Posing depan pintu masuk dewan
Mitchie pun cemerlang. Siap duduk atas kerusi pemberi anugerah lagi. Hehe
Piah tak cemerlang da sebab ktorg sume curik selempang dye..hehe
Lihatlah dunia :D
Majlis Konvokesyen Ke 11 Universiti Malaysia Terengganu
Akhir kata, hepi sangat dalam masa beberapa hari di bumi Terengganu. Dapat jumpa kawan2 baik dan hang out macam dulu kala. Till we meet again friends, UMT and everyone. Terima kasih Nero ucapkan pada semua yang banyak membantu Nero sepanjang 3 tahun di UMT. Jutaan terima kasih untuk segalanya. Wish you all the best in whatever path you choose. May fate brings us together again in the future. Amin...
Bergambar dulu dekat homestay..hehe
Sarapan di pagi hari
Bowling laluh!
Peace dari juara 2 round :p
Dinner alumni bersama YB (yg tgah2) :p
Famili Bio M :)
Itu Anne :) kawan berkayak..hoho
Ini Fiza :) kawan seWataniah dulu :)
Totoro!! Kak semah yang bagi..hee
Hadiah dari Abg Nasa dan Kakcik. Dorang kata muka macam Nero -__-
Pooh!! Ni la yang Nero dapat lepas mintak dekat junior..haha
Happy Graduation Day :)